Tujuh Soalan Untuk SKMM Berkenaan Skandal Kebocoran Data

KENYATAAN MEDIA Tujuh Soalan Untuk SKMM Berkenaan Skandal Kebocoran Data Semalam Dato’ Seri Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia, enggan memberi komen berkenaan sebuah laporan media yang berkata skandal kebocoran lebih 46 juta data peribadi pengguna perkhidmatan telekomunikasi melibatkan sistem Public Cellular Blocking Service (PCBS). Laporan tersebut turut menamakan Nuemera Sdn Bhd sebagai syarikat[…]

KL Biennale 2017: Balai Seni Visual Negara Perlu Pupuk Dialog, Bukan Tapis Karya Menjelang Pembukaan Pameran

KENYATAAN MEDIA KL Biennale 2017: Balai Seni Visual Negara Perlu Pupuk Dialog, Bukan Tapis Karya Menjelang Pembukaan Pameran Saya kesal tindakan kurator KL Biennale 2017 yang telah mengeluarkan sebahagian karya Under Construction oleh kumpulan seniman Projek Sekitar Seni (PSS). Tindakan ini telah dibuat atas nasihat pihak polis Kuala Lumpur. Biennale ini, yang sedang berlangsung di[…]

SKMM Perlu Perjelas Dakwaan Pencurian Data Peribadi, Lowyat.net Perlu Buat Laporan Polis

KENYATAAN MEDIA SKMM Perlu Perjelas Dakwaan Pencurian Data Peribadi, Lowyat.net Perlu Buat Laporan Polis Laporan Lowyat.net semalam yang mendakwa sebanyak 50 juta data peribadi syarikat telekomunikasi dan 17 juta data peribadi dari laman web syarikat carian pekerjaan telah dicuri di antara 2012-2015 dan sedang dijual pihak tidak bertanggungjawab cukup memeranjatkan dan merisaukan. Tindakan Suruhanjaya Komunikasi[…]

DS Najib Perlu Perjelas di Parlimen tentang CEO-CEO Malaysia Airlines Berhenti

KENYATAAN MEDIA DS Najib Perlu Perjelas Di Parlimen Tentang CEO-CEO Malaysia Airlines Berhenti Pengumuman semalam bahawa Peter Bellew, CEO Malaysia Airlines Bhd (MAB) bakal meninggalkan syarikat penerbangan itu cukup memeranjatkan, lebih-lebih lagi kerana kenyataan dibuat bekas majikan beliau, RyanAir Holdings PLC, di Bursa Saham London semalam. Apa yang lebih memeranjatkan ialah pada 27 September lalu,[…]

SPRM Wajar Pulangkan ‘Derma’ RM5 Juta DS Najib

KENYATAAN MEDIA SPRM Wajar Pulangkan ‘Derma’ RM5 Juta DS Najib Semalam dalam program sambutan 50 tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Sri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan peruntukan segera RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM yang berperanan menjaga kebajikan warga SPRM. Peruntukan segera RM5 juta ini[…]

Pendaftaran Portal Berita Serangan ke atas Media Pra-PRU14

KENYATAAN MEDIA Pendaftaran Portal Berita Serangan ke atas Media Pra-PRU14 Cadangan untuk mewajibkan pendaftaran portal berita dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah satu serangan ke atas media sebelum Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). Pendaftaran portal berita ini bakal bertindak sebagai ‘permit penerbitan’ bagi media digital. Ini akan mengancam kebebasan media online kerana dipercayai portal-portal[…]

Pemimpin Media Sosial vs Pemimpin Parti Jurasik

KENYATAAN MEDIA Semalam DS Shahrizat Abdul Jalil telah membuat kenyataan bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar, adalah seorang “pemimpin media sosial” yang tidak buat kerja di kawasan. Ini merupakan satu kenyataan yang cemburu terhadap keupayaan pemimpin KEADILAN yang mampu berkhidmat walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai kekangan dan halangan, malah kenyataan tersebut sebenarnya[…]

Tangkapan AMK Di Pulau Pinang Bukti Najib Tak Hormati Demokrasi

KENYATAAN MEDIA Tangkapan AMK Di Pulau Pinang Bukti Najib Tak Hormati Demokrasi Saya kesal menerima berita bahawa 15 anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Pulau Pinang telah ditangkap selepas mengadakan flashmob di pintu masuk Politeknik Seberang Prai pagi ini. Tangkapan ini adalah satu tamparan hebat terhadap amalan demokrasi di Malaysia. Ia menjadi bukti bahawa pentadbiran[…]

1MDB Cenderahati Sebenar PM Najib Kepada Negara

Hari ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata bahawa Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) adalah cenderahati Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak kepada negara. Namun umum sedar bahawa cenderahati paling “besar” DS Najib kepada negara bukannya MRT, tetapi 1MDB. Seperti yang pernah ditulis media antarabangsa sebelum ini, 1MDB yang ditubuh selepas[…]

Kapal Harapan Sedia Buru Kapal Lanun UMNO-BN

Sejak Harapan mengumumkan saf kepimpinan baharu pada tengah malam/awal pagi Jumaat yang lalu, UMNO-BN terkapai-kapai berhempas pulas hendak mencari idea dan bahan untuk menyerang, hingga ada di antara mereka yang terpaksa membuat U-turn dalam masa yang singkat. Contoh utama adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang bertanya, “Di mana DAP?” apabila[…]