Cukai Pelancongan: Nazri & UMNO Elok “Bercuti” Dari Putrajaya

Kenyataan Menteri Pelancongan DS Nazri Aziz hari ini – bahawa cukai pelancongan hanya dikenakan terhadap pelancong asing pada kadar tetap RM10 sebilik semalam – adalah kenyataan mengalah yang memalukan Putrajaya. Ia juga merupakan kenyataan ketiga di mana adanya perubahan besar di dalam perincian dasar tersebut. Dalam pengumuman pertama pada 9 Jun, telah diumumkan bahawa dasar[…]