RM700 juta Projek Gajah Putih: Datuk Bandar Perlu Perjelas, Pembayar Cukai Perlu Lebih Representasi Dalam DBKL

KENYATAAN MEDIA

RM700 juta Projek Gajah Putih: Datuk Bandar Perlu Perjelas, Pembayar Cukai Perlu Lebih Representasi Dalam DBKL

Laporan berita di The Star hari ini yang bertajuk “From monuments to failures”[1] pasti memeranjatkan warga Kuala Lumpur dan membangkitkan semula pandangan perlunya reformasi untuk menyelamatkan DBKL.

Sepuluh projek “gajah putih” yang dilaporkan bernilai antara RM200,000 (belon amaran banjir di Kampung Kasipillay, pada 2013) dan RM365 juta (ITIS, sewaktu ia dilancarkan pada 2002), dianggarkan berjumlah RM700 juta. (Secara purata, ini bermakna RM47 juta dibelanjakan setiap tahun selama 15 tahun untuk projek-projek “gajah putih” yang tidak mendatangkan manfaat yang sepatutnya.)

RM700 juta ini mungkin boleh diguna untuk membina sepuluh buah sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah dengan menggunakan Industrialised Building System (IBS), seperti yang disebut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid Ogos lalu[2].

Jumlah ini juga lebih dari mencukupi untuk mengganti kesemua lif di 62 PPR dan PA di seluruh Kuala Lumpur pada harga RM500,000 sebiji[3].

Malah potongan bajet penyelidikan RM60 juta yang dialami Universiti Malaya juga boleh diatasi[4].

Persoalannya adalah bagaimana 6 orang Datuk Bandar yang dilantik antara 2002 dan 2016 boleh membenarkan jumlah yang begitu besar ini dibelanjakan sebegini? Di mana kebertanggungjawaban terhadap penggunaan wang ringgit rakyat?

Bagaimanakah Lembaga Penasihat Bandaraya yang mempunyai 15 ahli yang tidak dipilih dan yang dipengerusikan Datuk Bandar boleh membenarkan projek-projek “gajah putih” ini berlaku tahun demi tahun? Tidakkah mereka berasa mereka bertanggungjawab kepada rakyat?

Saya sedih tetapi tidak terkejut sekiranya orang ramai tidak mendengar pengumuman perletakan jawatan beramai-ramai Lembaga Penasihat Bandaraya apabila laporan berita ini keluar.

Maka saya menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya untuk segera memberi penjelasan penuh terhadap projek-projek “gajah putih” yang dilaporkan ini, serta mengumumkan projek-projek “gajah putih” lain yang mungkin belum kita ketahui.

Kita juga perlukan pertanggungjawaban yang lebih tinggi daripada mereka yang mentadbir Kuala Lumpur. Sekiranya Datuk Bandar dan Putrajaya tidak setuju dengan cadangan pilihanraya untuk jawatan Datuk Bandar atas sebab “percanggahan” dasar negeri dan pusat[5], maka saya ingin mencadangkan agar prinsip “tiada cukai tanpa perwakilan” dipakaiguna sekurang-kurangnya dalam melaksanakan proses pemilihan bagi 11 dari 15 Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya, yang dipilih terus oleh pembayar cukai yang tinggal di 11 kawasan parlimen di KL. Saya bersedia bekerjasama dengan pihak DBKL serta semua pihak lain yang berminat untuk merealisasikan matlamat ini.

Saya percaya bahawa warga Kuala Lumpur mahukan suara mereka didengar dengan lebih jelas di dalam struktur organisasi DBKL, dan hanya dengan cara ini suara rakyat akan lebih dihormati dan proses semak dan imbang dalam DBKL dapat diperkukuh.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

9 Januari 2016

MEDIA STATEMENT

RM700 mil White Elephant Projects: Mayor Must Come Clean, Ratepayers Must Have Representation in DBKL

The article in The Star today entitled “From monuments to failures”[1] comes as a shocking reminder to all KL ratepayers and residents as to the deep reforms that need to be implemented to save KL City Hall (DBKL).

The ten “white elephant” projects highlighted are valued at between RM200,000 (flood warning balloon in Kampung Kasipillay in 2013) and RM365 million (ITIS, when it was launched in 2002), and totalling approximately RM700 million. (This is approximately RM47 million spent on “white elephant” projects each year for the past 15 years.)

This RM700 million could have been used to build around ten 24-classroom schools using the Industrialised Building System (IBS), as pointed out by Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid last August[2].

This amount is also more than enough to replace all the lifts in 62 public housing projects (PPR) throughout KL at RM500,000 a piece[3].

You could even fill in the RM60-million budget cut for UM to better conduct research[4].

In short, how did 6 KL Mayors between 2002 and 2016 allow for this amount of money be used in this way? Where is the accountability to the people whose hard earned ringgit is used in this manner?

How did the DBKL Advisory Board, comprising of 15 unelected representatives and chaired by the KL Mayor, allow this to happen all this while? Where is their sense of responsibility to the public good?

I am disappointed – but not surprised – that the public has not heard of the mass resignation of the DBKL Advisory Board over this revelatory article.

As such, the KL Mayor and the Advisory Board must come clean on these projects, and also disclose what other “white elephant” projects lie in the closet, hidden from public view.

There also needs to be greater accountability from those who administer KL. If the Mayor and Putrajaya are unwilling to entertain the idea of a mayoral election because of feared “discrepancies” in the implementation of state and federal policies[5], I propose that we apply the principle of “no taxation without representation” at least to the Advisory Board, where 11 out of the 15 representatives be directly elected by the 11 constituencies in KL. I am prepared to sit down together with DBKL and all interested parties to work towards this end.

I believe that only by having more direct representation in DBKL can ratepayers have greater say and increased oversight in the administration of KL.

Fahmi Fadzil
KEADILAN Communications Director

9 January 2016

Note:

[1] http://www.thestar.com.my/metro/community/2017/01/09/from-monuments-to-failures-automatic-street-toilets-a-taj-mahalinspired-food-court-a-sophisticated-f/

[2] http://www.thestar.com.my/news/education/2016/08/21/quick-costeffective-way-to-build-schools/

[3] http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/ministry-to-foot-maintenance-bills-for-ppr-flats

[4] https://www.malaysiakini.com/news/368514

[5] http://www.malaysiakini.com/news/326730