Keluarga Angkat Parlimen Lembah Pantai

Keluarga Angkat Parlimen Lembah Pantai

Hari ini di Taman Seri Sentosa saya bertemu keluarga En A & Pn N. Mereka ada 8 orang anak, antara umur 12 tahun dan 9 bulan. Tetapi mereka tidak ke sekolah kerana isu kewangan, antara lain.

En A kerja sebagai seorang pegawai keselamatan di sebuah institusi di PJ. Pn N pula hilang kerja waktu PKP hari itu, dan hari ini bekerja secara sambilan.

Mereka memaklumkan tuan rumah mahu ambil balik rumah sewa itu di hujung Oktober.

Setelah meneliti kes ini dengan rapi, saya telah memaklumkan kepada mereka bahawa saya akan ambil mereka sebagai Keluarga Angkat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Saya akan usahakan beberapa bentuk bantuan termasuk rumah, pekerjaan dan pendidikan.

Program Keluarga Angkat ini akan mengenalpasti dan membantu 100 keluarga miskin di seluruh Lembah Pantai untuk keluar dari kemiskinan. InshaAllah ia akan dilaksana dengan kerjasama pelbagai pihak dan institusi, demi masa depan warga Lembah Pantai yang lebih baik.

#LembahPantaiDiHatiKu