Berkenaan Dakwaan Pelanggaran Undang-Undang Sewaktu PRK Rantau

KENYATAAN MEDIA

KEADILAN memandang serius beberapa dakwaan salah laku atau pelanggaran undang-undang sewaktu PRK Rantau, termasuk dakwaan penggeledahan kereta peronda polis dan pergaduhan di luar Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan.

Perkara-perkara ini akan dibawa ke perhatian Lembaga Disiplin parti untuk siasatan segera. Sekiranya didapati sebarang tindakan telah dilakukan oleh mana-mana anggota KEADILAN yang melanggari tata etika dan disiplin parti maka tindakan tegas akan diambil terhadap anggota tersebut.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

14 April 2019