KENYATAAN MEDIA
7 CADANGAN REFORMASI INSTITUSI BUAT DBKL
Saya alu-alukan pengumuman penubuhan pasukan petugas khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi meneliti kelemahan sistem dan prosedur serta memantapkan perkhidmatan DBKL, selepas seorang pegawai kanan DBKL dihadapkan ke mahkamah di atas dakwaan rasuah bernilai berjuta ringgit.
Walaupun bidang kuasa pasukan petugas khas ini meliputi lima bidang dan melibatkan lima jabatan DBKL secara khusus, saya gesa DBKL untuk mengkaji dan melaksana 7 cadangan reformasi institusi berikut untuk memastikan pentadbiran yang lebih bersih, efisyen dan produktif:
1. Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur perlunya menyatakan komitmen penuh mereka terhadap sistem tender terbuka bagi semua project awam tanpa pengecualian;
2. Menteri WP, Datuk Bandar, ahli-ahli lembaga penasihat DBKL, dan pegawai-pegawai kanan DBKL mestilah mengisytihar harta kepada umum – sekali sewaktu mula-mula memegang jawatan dan sekali lagi setelah melepaskan jawatan;
3. Melaksana sistem penggiliran pegawai (officer rotation system) di mana pegawai dan pengarah ditukar bergilir-gilir dari satu jabatan ke jabatan yang lain dari semasa ke semasa untuk mengurangkan kemungkinan dan peluang melakukan rasuah;
4. Memastikan pegawai dan petugas DBKL dibayar gaji yang lebih tinggi untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah, tetapi diikuti dengan peningkatan produktiviti dan pengurangan birokrasi melalui penggunaan teknologi yang lebih efisyen;
5. Mengumumkan dokumen belanjawan tahunan DBKL, yang membolehkan pembayar cukai meneliti penggunaan duit rakyat. Perlu diingatkan bahawa bajet tahunan DBKL seringkali sepadan atau melebihi belanjawan tahunan bagi Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang;
6. Melaksanakan sesi pertemuan (townhall) di setiap kawasan parlimen, di mana Datuk Bandar dan DBKL boleh berinteraksi secara terus dengan pihak berkepentingan – rakyat – dan menerima respon kepada dasar-dasar sebelum ia dilaksana;
7. Memperkenal demokrasi di DBKL dengan melaksana pilihanraya bagi jawatan Datuk Bandar atau ahli lembaga penasihat DBKL, lalu meningkatkan kebertanggungjawapan di kalangan pimpinan tertinggi DBKL. Rakyat tidak patut dicukai tanpa perwakilan.
DBKL perlu bekerja lebih keras untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi itu, terutama selepas berlakunya skandal besar seperti yang sedang didengar di mahkamah pada waktu ini. Kepercayaan hanya boleh dikembalikan dengan melaksana reformasi institusi yang mendalam. DBKL perlu ingat bahawa ia bertanggungjawab kepada rakyat.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
10 September 2016
—
MEDIA STATEMENT
7 SUGGESTIONS FOR INSTITUTIONAL REFORMS IN DBKL
I welcome the announcement of a joint Malaysian Anti-Corruption Commission-KL City Hall (MACC-DBKL) task force to scrutinise and improve the practices, systems and procedures of DBKL, in light of the arrest of a DBKL senior official on allegations of graft involving millions of ringgit.
Even though the terms of reference of the task force revolves around five areas involving five DBKL departments in particular, I urge DBKL to study and enact these 7 suggestions for institutional reforms to ensure not only a cleaner administration but also a more efficient and productive one:
1. A full commitment from the Federal Territories Minister and Mayor to open tender system for all public projects without exceptions;
2. Public declaration of assets of the FT Minister, mayor, DBKL advisory board members, and senior executives – once upon taking up the post and once upon stepping down;
3. An officer rotation system, whereby officers and senior executives are rotated between departments from time to time to reduce the possibility and opportunity for graft;
4. Ensure that DBKL staff are better paid to reduce temptation for graft, commensurate with a significant increase in productivity and coupled with a reduction in bureaucracy through more efficient use of technology;
5. Make DBKL’s annual budget public, thereby allowing rate payers to see how their money is spent. DBKL’s annual budget is oftentimes equivalent to, if not larger than, Selangor’s and Penang’s combined;
6. Hold an annual townhall session in each parliamentary constituency, where the Mayor and DBKL can more directly engage with its key stakeholders – the rakyat – and ascertain responses to key policies statements before they are enacted;
7. Introduce democracy into DBKL by having mayoral or advisory board elections, thereby increasing accountability in DBKL’s top tier administration. There should not be taxation without representation.
DBKL must work harder to regain the trust of the public after a major scandal such as the one being heard in court right now. It can do so by swiftly and effectively enacting deep reforms. DBKL must remember that it is ultimately accountable to the rakyat.
Fahmi Fadzil
KEADILAN Communications Director
10 September 2016